Sunday, 4 November 2012

Ngorat


Tarikh Tayangan : 4 Oktober 2012

Pelakon : Aaron Aziz, Iedil Putra, Erra Fazira


Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan seorang pemuda bernama IJAM yang mengalami masalah untuk mencari teman wanita. IJAM yang tidak mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan wanita. 


IJAM bekerja disebuah pusat video berjumpa dgn ramai wanita setiap hari namun percubaannya tetap gagal. IJAM mempunyai beberapa sahabat karib iaitu RIZAL, KEYRA & AZOL. mereka sering bertemu untuk meluangkan masa bersama. pada suatu hari, selepas ijam menonton wayang bersama sahabatnya, ijam diberi sekeping flyer oleh seorang gadis comel. di atas flyers tersebut mempromosikan website www.arjunakasih.com.my. yang memberi tips untuk memikat wanita. Ijam tertarik lalu menyimpannya. Ijam melayari laman web ARJUNA KASIH dan dibawa ke alam fantasi dimana ARJUNA muncul dlm bentuk fizikal bagai sebuah pari-pari, dan berjanji akan membantu Ijam dlm usahanya untuk mencari cinta.

 Maka bermulalah satu demi satu detik permulaan pertemuan [blindate] Ijam dengan wanita-wanita antaranya yang diaturkan sendiri RIZAL. Namun hatinya tetap tidak serasi dgn gadis-gadis tersebut, ada saja kekurangan dan masalah setiap kali pertemuan diatur. Dalam tidak sedar rupa-rupanya Ijam & Keyra menaruh hati terhadap satu sama lain. Namun masing-masing takut untuk meluahkan dan sangsi sekiranya cinta bertepuk sebelah tangan. Ijam menghubungi Keyra untuk mengajaknya keluar ke cafe. Keyra begitu gembira apabila menerima pelawaan Ijam. Tiba disana Ijam memperkenalkan Keyra dgn seorang wanita, yang mana kawan sekerja Keyra iaitu Sheila. keyra yang hampa, terpaksa meninggalkan mereka berdua dgn alasan ada urusan yang perlu diselesaikan. Keyra yang kecewa membuat keputusan untuk berpindah ke Istanbul. 

Pada malam Keyra hendak berlepas, Ijam mengejar dan akhirnya gagal kerana pesawat sudah pun berlepas. Ijam yang kecewa mengajak Rizal & Azoe menemaninya mencari ketenangan di ICT. Sebaik sampai disana, Ijam terkejut apabila mendapati Keyra sedang duduk bersama dgn Rizal & Azoe. Ijam segera mendapatkan Keyra dan melutut meminta maaf dan meminta Keyra menerimanya sebagai kekasih. Semasa Ijam ke tandas, Keyra mengeluarkan sekeping kertas senarai lalu memangkah salah satu dari senarai yang tertulis “PASTIKAN DIA MELUTUT” lalu dia menoleh kepada kamera dan tersenyum.

Aji Noh Motor


Tarikh Tayangan : 20 September 2012




Sinopsis filem Aji Noh Motor

Filem Aji Noh Motor mengisahkan seorang abang, Aji yang sanggup melakukan apa saja demi adiknya, Noh.

Aji seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Aji menang, dia hanya akan mengambil keseluruhan atau alat ganti mereka yang kalah saja. Noh pula sebaliknya apabila dia disifatkan sebagai insan yang taat dalam mengerjakan tuntutan agama meskipun dalam keadaan buta.

Aji sangat sayangkan Noh dan sanggup melakukan apa saja bagi memastikan permintaan Noh tercapai meskipun dia tidak mampu.



Setiap kali Aji keluar rumah untuk berlumba, Noh pula akan pergi ke surau. Di sana, Noh bertemu dengan Sutra yang berjaya menambat hatinya. Atas kekurangan diri Noh, percintaan itu tidak diterima ayah Sutra. Selain itu, Noh meminta abangnya untuk membawanya menunaikan haji sebagai hadiah hari lahirnya. Aji yang sedia maklum bahawa perbelanjaan ke Mekah melebihi apa yang dia mampu, mula mencuba pelbagai usaha untuk mengumpul duit meskipun ada antara caranya menyalahi undang-undang dan agama.
wawa zainal
Pelakon Filem Aji Noh Motor: Alex Yan, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafa.

TAIKUN

TAIKUN
MULA TAYANGAN: 4 October 2012
PELAKON: Angah Raja Lawak (Tai), Along Raja Lawak (Kun), Afian Giman (Alex Yanz), Angah Raja Lawak (Sarip), Adey Shafrien, Haszmi Raja Lawak, Mikael Andre, Addy Rauf

  

SINOPSIS TAIKUN 

Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng Ros Hitam dan Tedung. 





Disebabkan Tai dan Kun membelasah kedua-dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, Manan dan ketua Geng Purple, Sarip merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka.



 Sikap Tai dan Kun yang tamak menyebabkan mereka menerima pelawaan dua-dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing-masing. Geng Pink dan Geng Purple pula adalah dua musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya.





Sejak itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi kemewahan. Kesetiaan Tai dan Kun hanya terletak pada ganjaran wang sebagai habuan. Namun, Geng Pink dan Geng Purple mula ditimpa masalah yang mana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing-masing mula menunding jari menuduh geng lain. Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai dan Kun dituduh sebagai dalangnya namun Sarip dan Manan tidak percaya.

Siapakah dalang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun? Semuanya akan terjawab dalam filem 'Taikun'.

Hantu Kapcai

  


Hantu Kapcai
Genre: Komedi / Seram
Tarikh Tayangan: 27 September 2012
Pengedar: KRU FILMS
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Pelakon: Zizan Razak, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Neelofa

  

SINOPSIS HANTU KAPCAI

Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

  


Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

  


Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya,

  


sekaligus menebus hutang Ajib. 

BUDAK PAILANG




BUDAK PAILANG
PENGARAH: Hashim Rejab
PENERBIT : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
GENRE: Aksi
KLASIFIKASI: 18PL
MULA TAYANGAN: 01 November 2012
PELAKON: Aeril Zafrel, Niezam Zaidi dan Wawa Zainal


SINOPSIS BUDAK PAILANG
Budak Pailang, sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak budak Pailang. Perkataan PAILANG di sini membawa kepada cerita BADRUL (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli. 




Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah RODI (Nizam) yang nerdy dan lemah. Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk memukul Badrul dan kawan kawannya. Geng Budak Nakal terserempak dengan Badrul yang sedang mengorat SHE (Wawa Zainal) dan mula membelasah Badrul. Badrul cedera teruk kerana cuba melindungi She. 



Bermula daripada kejadian tersebut, She dan Badrul mula menjalinkan hubungan cinta. Dirumah, Badrul lebih bersikap mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya, ESAH tanpa sebarang reaksi. Dek kerana sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia dadah dan menjadi anak buah kepada ALEX (Zul Handy Black), seorang pengedar dadah yang terkenal. 




Kehidupan Badrul berubah menjadi senang lenang dan kaya. Sehinggalah Badrul kematian seseorang yang sangat disayanginya. Badrul mula sedar diri dan mahu berubah namun banyak halangan yang menghalangnya. 




Siapakah yang terkorban? Dapatkah Badrul berubah meninggalkan hidupnya yang pailang dahulu?

AKU TERIMA NIKAHNYA


AKU TERIMA NIKAHNYA
Pengarah : Eyra Rahman
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Genre : Cinta
Tarikh Tayangan : 11 Oktober 2012
Pelakon: Nora Danish,Adi Putra, Alex Yanz, Kamal Faridz, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Dian P Ramlee dan Azizah Mahzan

   

  
SINOPSIS AKU TERIMA NIKAHNYA

Aku Terima Nikahnya mengisahkan perjalanan cinta tragis antara Johan dan Arlisa. Selepas diijabkabulkan, mereka menjalani kehidupan yang begitu bahagia kerana masing-masing dipertemukan atas dasar cinta yang mendalam. Namun ajal maut, jodoh dan takdir itu di tangan Tuhan apabila pasangan romantis ini dilanda dugaan terbesar dalam hidup mereka.
  
Johan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkannya mengalami Selective Amnesia (lupa ingatan) selepas kepalanya terhantuk kuat. Apabila sedar daripada koma, Johan hanya ingat kisah hidupnya hingga tarikh sambutan majlis hari jadinya yang ke-31 yang ketika itu dia belum lagi bertemu isterinya, Arlisa.
  
Kesannya, Johan tidak mengenali Arlisa dan bermulalah konflik antara mereka. Bayangkan, Johan tidak mampu menerima Arlisa walaupun isterinya berusaha memulihkan ingatannya dengan pelbagai cara termasuk membawanya ke tempat yang pernah mereka pergi bersama, lokasi perkahwinan dan tempat pertama kali mereka bertemu.
  

  
Lama berusaha, Johan masih kekal sama, mengetepikannya dan mula tertarik kepada sahabat baik Arlisa sendiri, Suriya lakonan Mon Ryanti. Arlisa mula berputus asa dan mengambil keputusan untuk melepaskan dirinya.
  

kuasa Tuhan tiada siapa dapat menduga, kemelut yang melanda tidak berpanjangan dan doa Arlisa akhirnya terjawab.

Saturday, 3 November 2012

APA CELOP TOQQ

APA CELOP TOQQ
PENGARAH: Ahmad Idham, Ajes
PENERBIT : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
GENRE: Aksi, Komedi, Drama
MULA TAYANGAN : 25 Oktober 2012
PELAKON: Azad Jasmin , Taiyuddin Bakar, Intan Ladyana juga Elly Feliziana. Hazama Azmi

  

SINOPSIS APA CELOP TOQQ

Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. 
  
Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. 
  
Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan PAK SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK. 
  
Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan PAK SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh PAK SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakaknya, LAILA. 
  
Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya. 
  
Apa yang berlaku kepada PAK SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya.